Harian Metro

ALIF PILIH THE LOCOS

Mahu bergerak secara berkumpula­n dalam persembaha­n dikenali sebagai ASTL

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Nama figura terkenal Alif Satar tidak perlu diperkenal­kan lagi.

Pencapaian diraih sepanjang pembabitan dalam bidang seni menjadikan Alif antara penyanyi lelaki terbaik dalam negara.

Bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian, malah Alif yang sudah 15 tahun berada dalam industri hiburan tempatan turut cemerlang dalam bidang pengacaraa­n dan lakonan sekali gus dia juga layak memegang gelaran artis versatil.

Tidak mahu selesa dengan apa yang dimiliki sepanjang kerjaya,

Alif membuat satu lagi transforma­si dalam kanvas seninya apabila memilih bergerak dalam kumpulan bersama band dan kini dikenali sebagai Alif Satar & The Locos (ASTL).

Selepas muncul dengan single raya berjudul Lagu Raya pada Mei lalu, Alif

Satar & The Locos (ASTL) tampil pula dengan single terbaharu mereka, Anugerah Terindah yang dilancarka­n secara rasmi pada 23 Julai lalu.

Menariknya, sejak lima tahun menunbuhka­n ASTL, Alif semakin selesa bersama band itu. Malah, katanya akan bersama mereka dalam semua acara dan persembaha­n pentas membabitka­nnya nanti.

Alif Satar & The Locos yang dianggotai oleh Alif selaku vokalis, Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Faliq Auri (saksofon) dan Rajwan Juni (dram) masingmasi­ng optimis untuk terus melangkah jauh dalam bidang muzik tempatan.

“Alif Satar & The Locos ini diwujudkan sejak lima tahun lalu. Kebetulan selepas 10 tahun saya menyanyi solo, saya terfikir untuk membuat perubahan baharu dalam kerjaya muzik. Selama ini saya menyanyi menggunaka­n ‘minus one’, jadi saya membayangk­an alangkah menarik jika ada band dan boleh mengiringi setiap persembaha­n pentas saya.

“Sejak itu tertubuhny­a ASTL yang mana kami bermula secara akustik. Kemudian kami bersamasam­a menjayakan konsert pertama di Singapura bersama Siti Nordiana. Kemudian, kami mengadakan siri Jelajah Persembaha­n di Sheffield, United Kingdom (UK) pada 2019. Alhamdulil­lah, sudah lima tahun kami bersama dan ia satu perjalanan yang menyeronok­kan.

“Diakui, saya sentiasa teruja membuat persembaha­n dengan band. Sekarang ini, apa saja projek kalau boleh memang nak membabitka­n ASTL. Mereka tetap di hati saya,” katanya.

Sebagaiman­a Alif berjaya meletakkan kerjaya solonya di puncak kejayaan, begitu juga tinggi harapan Alif dalam ASTL.

Menurut Alif, dia mahu ASTL bekerjasam­a dengan penerbit dan komposer luar negara.

“Kami memang nak terokai lebih banyak peluang. Nak buat sesuatu, tak kira apa saja. Macam sekarang pun, kami ada studio sendiri dan lengkap dengan peralatan. Kami juga sudah buat banyak lagu nyanyian semula atau ‘cover version’. Malah, rakamannya bukan biasabiasa, tapi lengkap dalam satu penerbitan.

“Kami juga ada merancang nak nyanyi semula lagu-lagu solo saya. Tapi, kali ini dalam versi ASTL. Malah, kalau ada peluang nak membuat rakaman di luar negara selain bekerjasam­a juga dengan penerbit asing “katanya.

Berkongsi mengenai Anugerah Terindah, ilham menghasilk­an lagu itu ketika mereka mengadakan Jelajah Persembaha­n di Sheffield, United Kingdom (UK) pada Februari 2019.

Lagu bergenre pop, R&B dan mempunyai sedikit pengaruh muzik 90-an itu adalah hasil ciptaan Alif sendiri bersama Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwais. Manakala lirik pula oleh Alif, Shah Shamsiri dan Romeo.

“Proses pembikinan single ini mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan iaitu dari 2019 sehingga tahun ini. Betapa uniknya lagu ini kerana ia adalah ciptaan bersama sebagai sebuah kumpulan muzik yang bermula di UK dan kemudianny­a, bersambung di Malaysia pada tahun lalu ketika negara pula diarahkan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga ke dalam studio muzik pada tahun ini.

“Susunan muzik bagi lagu ini juga menggabung­kan elemen elektronik yang membuatkan lagu ini tampak lebih segar dan terkini.

“Walaupun dunia dilanda wabak Covid-19 dan menjejaska­n setiap aspek kehidupan, ASTL terus mengorak langkah dengan menyebarka­n semangat positif melalui muzik. Bagi ASTL, ini adalah salah satu cara untuk menghiburk­an dan juga mahu kembalikan semula semangat peminat.

“Dalam masa yang sama ingin menyampaik­an mesej untuk sentiasa hargai anugerah terindah seperti pasangan hidup, ibu bapa, anak-anak mahu pun rakan-rakan selagi mereka masih ada di sisi,” katanya.

Alif Satar & The Locos juga adalah artis pertama Malaysia yang melancarka­n lagu di dalam versi Spatial Audio yang dikuasakan oleh Dolby Atmos. Versi Spatial Audio ini hanya tersedia untuk pelanggan Apple Music tanpa kos tambahan.

Video muzik Anugerah Terindah arahan Ghaz Abu Bakar yang berkonsepk­an ‘Black & Gold’ itu dilancarka­n serentak di YouTube Warner Music Malaysia pada 23 Julai lalu.

SELESA BEKERJA DENGAN ALIF

Bagi Faliq Auri juga pemain Saksofon ASTL, dia menyifatka­n Alif penyanyi yang memang dilahirkan dengan bakat besar.

“Satu perkara yang menarik bekerja dengan Alif adalah setiap nota lagu yang dinyanyika­n tepat. Sebab saya dilahirkan dekat bakat yang boleh mengesan nota lagu. Jadi, setiap kali nak buat proses rakaman atau menjayakan persembaha­n dengan Alif, dia tidak pernah nyanyi salah.

“Dalam masa sama, dia seorang ketua yang bagus dalam band. Dia juga penasihat yang baik di mana selalu bagi kata-kata semangat kepada kami semua. Pendek kata, bekerja dengan dia adalah anugerah terindah dalam hidup saya,” katanya.

Sementara itu, Tam Cobain selaku pemain Gitar ASTL berkata, pengalaman dimiliki Alif dalam bidang nyanyian memudahkan banyak perkara.

“Alif ini sangat mudah, mungkin disebabkan pengalaman yang dia ada. Dalam setiap kerja, dia memang sangat teliti, tapi tidak sampai tahap cerewet. Ini kerana, dia masih boleh terima pandangan orang lain.

“Setiap kali buat persembaha­n, dia memang nak kami semua sama bertenaga macam dia. Kalau bahasa kasarnya, dia tak nak ada yang malas. Dia selalu pesan, persembaha­n kita kena memberi kesan pada penonton. Jadi, Alif bagi kami aura itu, kami pun dalam buat persembaha­n dengan mantap,” katanya.

Alif Satar &

The Locos ini diwujudkan sejak lima tahun lalu. Kebetulan selepas 10 tahun saya menyanyi solo, saya terfikir untuk membuat perubahan baharu dalam kerjaya muzik

ALIF SATAR

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Faliq Auri (Saksofon), Rajwan Juni (Dram), Alif Satar, Rajwan Juni (Dram) dan Tam Cobain (Gitar).
DARI kiri, Faliq Auri (Saksofon), Rajwan Juni (Dram), Alif Satar, Rajwan Juni (Dram) dan Tam Cobain (Gitar).
 ??  ?? ALIF Satar & The Locos muncul dengan single Anugerah Terindah.
ALIF Satar & The Locos muncul dengan single Anugerah Terindah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia