PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) RANGKUL JUARA KESELURUHAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC UiTM) 2019

Shah
Alam – Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa mengutamakan pengurusan
kuallti dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kualti perkhidmatan.
Sejajar dengan itu, Anugerah Kualiti Naib Canselor telah diperkenalkan semenjak
tahun 1992 lagi. Ianya bagi memberi penghargaan kepada kampus negeri/ fakulti/
bahagian dan unit yang berjaya mempamerkan ciri-ciri perkhidmatan berkualiti
tinggi dan menepati kriteria pengukuran pengurusan berkualiti. Anugerah ini
merupakan anugerah tertinggi dan paling berprestij yang menjadi idaman setiap
kampus negeri/ fakulti/ bahagian dan unit dan ianya disampaikan di dalam Majlis
Inovasi/Kualti Universiti. 
Anugerah
Kualti Naib Canselor UiTM bagi tahun 2019 dirangkul oleh Perpustakaan Tun Abdul
Razak (PTAR). PTAR bukan sahaja mempamerkan kecemerlangannya didalam kategori
Juara peringkat bahagian tetapi turut merangkul empat (4) anugerah utama iaitu
Anugerah Bidang Tumpuan: Pengurusan Fasiliti dan Teknologi, Anugerah Kriteria
Kepimpinan, Anugerah Kriteria Hasil dan juga Pembentangan Terbaik sekaligus
dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor UiTM bagi
tahun 2019. Sebagai rekod, PTAR juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Juara
Keseluruhan bagi tahun 2005, 2015 dan 2019. Menurut Ts Hidayat Mohd Adnan, Ketua
Pustakawan UiTM, kejayaan merangkul anugerah ini merupakan pengiktirafan
tertinggi bukan sahaja kepada PTAR induk malah kepada semua PTAR Cawangan dan ianya
adalah gabungan mantap melalui proses penambahbaikan berterusan yang di
selaraskan di seluruh PTAR cawangan. Tambah beliau lagi, banyak projek-projek
inisiatif dan inovasi yang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya bagi
kemudahan pengguna seperti projek Digital Library, Information Literacy
program, projek Kumpulan inovasi dan kreatif (KIK) dan pelbagai lagi sepanjang
tahun 2018 dan 2019. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
berperanan sebagai gedung ilmu yang amat signifikan dalam
membangunkan sesebuah negara.
Perpustakaan UiTM telah memperlihatkan perkembangannya
melalui 38 buah rangkaian perpustakaan di seluruh Malaysia, berfokuskan kepada
teras utama perkhidmatan bagi memenuhi keperluan warga Universiti. Perkembangan
PUiTM Negeri adalah seiring dengan pembangunan UiTM Negeri bertujuan untuk
memberi perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan.
Penyampaian
anugerah ini telah disampaikan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2019 dengan
tema tema Sains dan Teknologi Pemangkin Inovasi Global di Dewan Agong Tuanku
Canselor (DATC) pada 14 Nov 2019 yang disampaikan oleh Y.bhg Prof. Emeritus
Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kasim, Naib Canselor kepada Ketua Pustakawan UiTM,
Ts. Noor Hidayat bin Adnan. Didalam ucapan perasmian Naib Canselor, Ybhg Prof.
Emeritus menekankan akan kepentingan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada
organisasi dan juga sentiasa berinovasi. Dalam organisasi pendidikan bersaiz
gergasi seperti UiTM ini, aliran idea dan pelaksanaan inovasi perlu bersifat
dua hala, sama ada berbentuk top-down ataupun boleh juga datang secara
bottom-up. Ybhg Naib Canselor juga menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
dan Anugerah khas lain di dalam majlis kemuncak tersebut.


via Blogger https://ift.tt/2s0tqpl https://ift.tt/37sk0Ds

Leave a comment