Hartanah

Jejak Kasih Antara Alif Satar Dan “Kembarnya” Versi Perempuan

K1BuJeEE Untitled design

rumahkabin black

Riuh baru-baru ini di media sosial apabila tular video seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang mirip dengan selebriti dan penyanyi tanah air, Alif Satar.

ARTIKEL BERKAITAN: Topik BTS Jadi Perbalahan Lagi, Kali Ini Libatkan Alif Satar

Klip pendek penyegerakan bibir (lip sync) yang dilakonkan gadis tersebut bukan sahaja meraih hampir 4 juta penonton namun turut berjaya mencuri perhatian tuan badan sendiri iaitu Alif Satar.

Jejak Kasih Antara Alif Satar Dan “Kembarnya” Versi PerempuanTangkap layar seorang gadis bertudung yang tular dek kerana persamaan rupa paras dengan penyanyi Alif Satar.

Menjenguk ke media sosial selebriti tersebut, beliau kelihatan gembira dapat berjumpa gadis tersebut di sebuah restoran. Turut terhibur apabila Alif Satar membuat pelbagai reaksi muka sambil diikuti oleh gadis tersebut. Sungguh saling tak tumpah!

Jejak Kasih Antara Alif Satar Dan “Kembarnya” Versi PerempuanTangkap layar video perkongsian Alif di media sosialnya ketika bertemu gadis tersebut di sebuah restoran.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet turut terpaku akan persamaan rupa mereka berdua. Ada juga turut berkata posisi susunan gigi, pipi serta dagu gadis tersebut sama seperti penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku tersebut.

“Akhirnya bertemu juga kembar terpisah ni. Alif Satar dan Baa Satar,” komen seorang pengguna.

“Mana satu Alif Satar ni?!,” ujar seorang pengguna.

“Akhirnya adik beradik yang sudah lama terpisah berjumpa kembali,” seloroh peminatnya yang lain.

Sehingga kini, hantaran klip video singkat itu berjaya meraih hampir 700 ribu tontonan dan 375,200 tanda suka.

BACA LAGI: Alif Satar Kongsi Kenangan Tinggal Di Rumah Flat 

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: KOSMO, Instagram Alif Satar

See also  Nabila Razali Sah Isteri Nik Iruwan Dengan Sekali Lafaz, Wang Hantaran Dirahsiakan – “Terima Kasih Atas Doa & Sokongan”



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link